Posts

Showing posts from March, 2023

Bermulanya di sini

Image
Disember 2021 Sudah 10 tahun berlalu. Rumah dan juga tanah ini sudah ditinggalkan tanpa penjagaan  sejak Mak meninggal November 2011. Abang MS pula berpindah ke rumahnya sendiri sejurus selepas pemergian Mak. Pemandangan dari udara ini diambil dengan bantuan SF menggunakan dronenya. Diambil pada hujung tahun 2021. Pada masa ini, keadaan pokok-pokok yang sudah bertukar menjadi hutan rimba. Tanah sebelah kepunyaan PU tidak berterang/berjaga juga. Dari sudut tepi. Sejujurnya, aku tak pernah menyangka akan memiliki seluruh tanah ini.  Sedari dulu tanah ini berkongsi geran dengan PU. Rezekiku masih di sini rupanya. Jalan besar itu merupakan laluan utama ke Ipoh dari Utara tanah air.  Sebelum wujudnya lebuhraya PLUS, jalan ini sangat sibuk. Di sinilah aku membesar, di zaman kanak-kanak dan persekolahan rendahku. Banyak memori semasa kecilku di sini. Disinilah saudara maraku, ramainya sebelah Bapakku memulakan kehidupan. Sekitar jalan ini, boleh dikatakan semua bersaudara - sepu...