Bermulanya di sini
Disember 2021
Sudah 10 tahun berlalu.
Rumah dan juga tanah ini sudah ditinggalkan tanpa penjagaan
sejak Mak meninggal November 2011.
Abang MS pula berpindah ke rumahnya sendiri sejurus selepas pemergian Mak.
Pemandangan dari udara ini diambil dengan bantuan SF menggunakan dronenya.
Diambil pada hujung tahun 2021.
Pada masa ini, keadaan pokok-pokok yang sudah bertukar menjadi hutan rimba.
Tanah sebelah kepunyaan PU tidak berterang/berjaga juga.
Sejujurnya, aku tak pernah menyangka akan memiliki seluruh tanah ini.
Sedari dulu tanah ini berkongsi geran dengan PU. Rezekiku masih di sini rupanya.
Jalan besar itu merupakan laluan utama ke Ipoh dari Utara tanah air.
Sebelum wujudnya lebuhraya PLUS, jalan ini sangat sibuk.
Di sinilah aku membesar, di zaman kanak-kanak dan persekolahan rendahku.
Banyak memori semasa kecilku di sini.
Disinilah saudara maraku, ramainya sebelah Bapakku memulakan kehidupan.
Sekitar jalan ini, boleh dikatakan semua bersaudara - sepupu, dua pupu dsb.
Maka tergerak hatiku untuk melakukan sesuatu untuk tanah ini.
Blog ini diwujudkan pada Jan 2023.


Comments
Post a Comment